Sambutan Pelajar Baru : Sekilas Tentang Jordan

  • Jordan di dalam Bahasa Arab disebut al-Urdun (الأردن) yang bermaksud kekuatan dan kejayaan . Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh as .

  • Negara ini mencapai kemerdekaan pada 25 Mei 1946.

  • Iklim padang pasir di negara ini adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin .




  • Iklim Mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yang sederhana dan musim dingin yang sejuk . Manakala kawasan lembah adalah terlalu panas semasa musim panas dan agak hangat sewaktu musim sejuk .

  • Purata suhu dalam bulan Januari di Amman , Irbid dan Aqabah adalah 7.3 , 8.5 dan 16.10C secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7 , 24.7 dan 31.20C pada bulan Julai . Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah.

  • Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos (6,7,8)
  • Musim Luruh antara bulan September hingga November (9,10,11)
  • Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari (12,1,2)
  • Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei (3,4,5)

  • Perbezaan waktu dengan Malaysia pada musim panas ialah lewat 5 jam manakala pada musim dingin, perbezaan itu menjadi lewat 6 jam berbanding Malaysia.

  • Matawang Jordan ialah Dinar (JOD / JD). Ia boleh dikategorikan kepada :

  • Wang kertas terdiri daripada JD 1, 5, 10, 20, 50, 100. Wang kertas JD100 jarang digunakan. Menjadi kebiasaan jual beli di pasar-pasar, Dinar disebut Lira kerana terpengaruh kepada sebutan matawang Syiria iaitu Lira.

  • Wang syiling pula ialah JD 0.010 (1 qirsy), 0.050 (biasa di sebut 'syiling'), 0.100, 0.250, 0.500. Sebelum ini wujud JD 1 dalam bentuk syiling tetapi dimansuhkan penggunaan tersebut kerana kemaslahatan dan juga keselamatan dalam urusniaga. Nilai terkecil matawang Jordan ialah fills. Istilah ini jarang digunakan oleh penduduk setempat tetapi mereka kerap malah biasa menggunakan 'Qirsy'. Namun demikian, bukan istilah yang janggal sekiranya mahasiswa Malaysia menggunakan istilah asal iaitu 'Fills'.
  • Makanan asasi adalah roti yang dimakan dengan keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan tradisional ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam. Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika tetamu berkunjung ke rumah.

Semoga Bermanfaat....:)

Sumber : http://sambutanpelajarbaru2010-2011.blogspot.com/2010/07/sekilas-tentang-jordan.html

0 ulasan:

Post a Comment

Iklan