SAMBUTAN PELAJAR BARU SE-JORDAN 2010

Assalamualaikum.

Pertamanya, kami pihak MPPMJ sesi 2010/2011 mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan buat mahasiswa dan mahasiswi yang akan melanjutkan pelajaran ke bumi Jordan.

Maklumat buat semua mahasiswa dan mahasiswi yang akan menyambung pengajian ke universiti-universiti di Jordan.

1) Pihak Jabatan Penuntut Malaysia Jordan telah menetapkan tempoh kehadiran pelajar baru ke Jordan adalah pada 15 September-18 September 2010. Oleh itu, diharap semua pelajar untuk menyelaras tarikh penerbangan anda agar tiba di Jordan pada waktu yang disarankan bagi memudahkan urusan Sambutan Pelajar Baru.

2) Anda juga diminta untuk menghantar maklumat penerbangan anda ( tarikh dan masa bertolak dan tiba di Jordan, no.penerbangan, serta bilangan pelajar ) ke email Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan : saifuddin@msdjordan.jo

3) Berikut merupakan maklumat ringkas berkaitan kos sara hidup dan pengajian di Jordan mengikut universiti mengikut kawasan ( mantiqah ) dan universiti :

1) IRBID

Kos Asas Sara Hidup sebulan : JD 110.00 ( Yarmuk )

JD 140.00 ( JUST : tambahan tambang ke universiti )

Kos pengajian

a) Universiti Yarmuk

Satu subjek ( 3 jam kredit ): 48 JD

Jumlah yuran semester 1 dan 2 : JD 646.00 ( 36 jam kredit + kos klinikal dan peralatan )

Jumlah yuran semester panas : JD 161.50 ( 9 jam kredit + kos klinikal dan peralatan )

Yuran Markaz Bahasa Arab : JD 400.00 ( tertakluk pada perubahan universiti )

b) Jordan University of Science and Technology

Perubatan : satu jam kredit : JD 250.00

Jumlah Yuran Semester 1 dan 2 : JD 9000.00 ( 36 jam kredit )

Jumlah Yuran Semester Musim Panas : JD 2250.00 ( 9 jam kredit )

Yuran kemudahan di JUST : JD 85.00

Pergigian : satu jam kredit : JD 200.00

Jumlah Yuran Semester 1 dan 2 : JD 7200.00 ( 36 jam kredit )

Jumlah Yuran Semester Musim Panas : JD 1800.00 ( 9 jam kredit )

Yuran kemudahan di JUST : JD 85.00

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila layari :

http://sambutanpelajarbaru2010-2011.blogspot.com/

Atau menghubungi Pengarah Sambutan Pelajar Baru Irbid :

Basyaruddin Effendy Bin Ab Kadir

Email : rudin_fndy@yahoo.com.my

No.hp jordan : +962779837059

2) MU’TAH

Kos Asas Sara Hidup sebulan : JD 145.00

Kos pengajian :

a) Universiti Mu’tah

Fakulti Kesusasteraan : Jabatan Bahasa Arab

Satu jam kredit : JD 12.00

Tahun Yuran Tahunan
1 JD 610.00
2 JD 541.00
3 JD 577.00
4 JD 577.00
Jumlah Keseluruhan Sepanjang Pengajian JD 2305.00

Fakulti Syariah (Fiqh Wa Usul & Usuluddin)

Satu jam kredit : JD 12.00

Tahun Yuran Tahunan
1 JD 622.00
2 JD 589.00
3 JD 589.00
4 JD 577.00
Jumlah Keseluruhan Sepanjang Pengajian JD 2377.00

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila layari :

http://www.permatajordan.com/web/terkini-permata/sambutan-pelajar-baru-permata-20102011/

atau hubungi Pengarah Sambutan Pelajar Baru Mu’tah :

Wan Ahmad Fuad bin Wan Ahmad Kamil

Email: wanfuad_88@yahoo.com

No.hp Jordan : +962776376974

3) MAFRAQ

Kos Asas Sara Hidup sebulan :

- Menetap di asrama universiti : JD 90.00 ( lelaki ), JD 40.00 ( perempuan )

- Menetap di rumah sewa : JD 110.00

Kos Pengajian:

Yuran 1 Subjek ( 1 subjek 3 jam kredit ) : JD 30.00

* Setiap fakulti / takhassus (usul fiqh / usuluddin / bahasa) mempunyai lebih kurang 46 subjek)

Markaz Bahasa Arab : JD 300.00 ( satu fasal )

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan , sila hubungi Pengarah Sambutan Pelajar Baru Mafraq :

Mohd Fikri B. Muhamed Khusainy :

email : quranfiqalbi@yahoo.com

no.telefon Jordan : + 962779799680

atau layari : http://jordanprisma.blogspot.com/

4) AMMAN

Kos sara hidup : rumah sewa = JD 130 – 200 sebulan

Keseluruhan : JD 100- 150 sebulan

Kos pengajian :

a) Universiti Jordan

I jam kredit : JD 15

Jumlah yuran semester 1 dan 2 : JD 540.00 ( 36 jam kredit )

Jumlah yuran semester panas : JD 135.00 ( 9 jam kredit )

b) World Islamic Science & Education University (WISE)

1 jam kredit : JD 25

Jumlah yuran semester 1 dan 2 : JD 900.00 ( 36 jam kredit )

Jumlah yuran semester panas : JD 225.00 ( 9 jam kredit )

c) Pilihan Markaz Bahasa Arab :

- Universiti Jordan : USD 758.00

- Mujtama’ Arab : JD 400.00

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan , sila hubungi Pengarah Sambutan Pelajar Baru Amman :

Muhammad bin Sidek

email : mamad_sjgf2u@yahoo.com

no.telefon Jordan : +962799219743

dan boleh layari : http://ppmaj.blogspot.com/

Akhir kata, kami mendoakan agar anda semua selamat tiba ke bumi Jordan dan selamat menyambung pengajian di universti pilihan anda.

Sekian, terima kasih.


SUMBER : http://mppmj.org/?p=568

0 ulasan:

Post a Comment

Iklan