Assalamualaikum di ucapkan kepada semua calon mahasiswa dan mahasiswi al-al bayt yang sedang mengira detik-detik penerbangan ke Jordan. Didoakan semoga berada dalam keadaan sihat wal afiat Insyaallah.Macam mana persiapan untuk datang ke tanah anbia'? Mesti dah siapkan fizikal dan mental untuk menjejak kaki ke tanah sumpahan ni ye. Insyaalah ana doakan semoga segalanya berjalan lancar. Tujuan email ini di hantar hanya untuk bertanye khabar dan mengeratkan silaturrahim antara kita semua. Masih ada beberapa hari lagi ye kalian semua akan terbang ke mari. Semoga selamat sampai ke tempat pengajian.
Ingin di pesankan untuk persiapan kalian semua. jagalah kesihatan dengan sebaik mungkin sebab kalian semua akan merasai keadaan yang baru samada cuacanya, keadaan semasanya dan suasa yang jauh berbeza dengan Malaysia.Jadi siapkan kesihatan dengan sebaik mungkin.Dan sekiranya sahabat-sahabat yang mempunya penyakit dan alahan janganlah lupa bawa bekalan untuk masa terdekat dal m tempoh perjalan nanti dan bila sampai boleh beli semula.Dan mungkin bagi yang kurang minum air tu, bekalkan lipsbalm kerana cuaca di tempat transit mungkin jauh bezanya dengan jordan dan mungkin di jordan panas sedikit dari Malaysia dan boleh la gunakan lipsbalm tu untuk mengelakkan dari bibir teluka.Syabab jangan segan nak pakai ye sebab nanti tak pakai merekahla bibir tu ye.
Dan antara pesanan kalau ada yang ingin meneruskan penggunaan no malaysia(celcom,maxis,digi) silakan bawa tapi pastikan kredit yang banyak dan digalakkan kalau nak bawa tu gunakanlah UOX kerana tempoh tamatnya lama dan tak perlu risau tarikh luput walaupun kredit dah tamat.Perlu diingatkan sekiranya kalian sudah berada di luar perairan Malaysia, janganlah angkat panggilan kerana cas yang mahal dan kredit anda juga akan di cas.Pemanggil dan penerima akan di telan kreditnya dan yang lebih parah penerima(kita yang diluar perairan) panggilan.Contohnya ayah di kelantan telifon kita yang berada di Bahrain dan cas akan diikut dengan matawang Bahrain 1D=RM10.Jangan terkejut jika kredit kalian tinggal RM0.00Dan di Jordan no malaysia boleh digunakan dan cas untuknya UOX 1msj RM0.35, Maxis 1msj RM2 dan untuk panggilan tak yahlah gatal2 nak test duit ye.Baik gunaka talian Jordan sahaja kalau nak telifon Malaysia dan cas bagi di malaysia ke Jordan sama sahaja tapi kalau ke no Jordan Celcom RM0.50 dan yang lain tak da maklumat.So konklusinya Malaysia carilah yang jimat.
Dan untuk pesanan janganlah bawak baju tu banyak sangat ke sini sebab kat sini pon boleh beli jugak.Bawaklah untuk pakaian sebulan je jangan 4 tahun.Banyakkan bawa makanan dari pakaian sebab di Jordan payah nak dapat/cari makanan dan bahan masakan yang selalunya digunakan di tanah air.Jadi banyakkan makanan dari baju.
Dan yang paling penting jangan lupa bawa sedikit bahan bacaan sama ada buku nahu soraf ataupun bahan bacaan yang boleh mempertingkatkan bahasa arab kita nanti untuk persedian peperiksaan pusat bahasa(Markaz Lughah)bagi pelajar lepasan SPM.Untuk pelajar yang sempat ambil STAM bawakan nota nahu soraf mungkin boleh digunakan nanti.Dan kamus tu jangan lupa bawak melainkan ada kamus CD Al-miftah tu xpela.Ingat tu jangan datang dengan pakaian dan makanan semata-mata ye!Bekalan ilmu pun perlu juga.Dan bagi syabab yanag mana dah ada lesen tu boleh la bawa kerana disini masih boleh digunakan.Bawak tu janganlah yang dah habis tempoh.Untuk syabab je ye.Insyaalllah setakat ini tak ada lagi masalah kalau tunjuk lesen Malaysia.Pastikan lesen kereta janagn lesen moto ye sebab sini motor boleh kata tak ada
Dan untuk memudahkan urusan zakat dan yang urusan yang sewaktu dengannya bawakan sekali salinan ic ibubapa, adik beradik, slip gaji ibubapa,salinan PMR/SPM,surat berenti sekolah dan agak-agak penting samada yang disahkan dan tidak disahkan.Dan juga bawakan lebih kurang 20 keping gambar berukuran pasport untuk memudahkan urusan.Dan pastikan kalian tinggalkan juga salinan yang penting-penting contohnya salinan ic/surat beranak/PMR/SPMbagi meudahkan orang rumah membuatkan urusan dari Malaysia seperti urusan claim tambang mahupun zakat dan yang sama waktu dengannya juga.Yang original tu fikir-fikirlah nak bawa ke nak simpan di rumah.Fikirkan yangg mana selamat untuk disimpan. Kalu nak cuci dan photostat di Jordan tak ada masalahIni antara langkah memudahkan urusan nanti.Dan jangan lupa bawakan gambar orang yang tersayang takut menangis pulak nantiNak bawak bantal busuk@teddy bear pun boleh juga.(lawk je)Dan kalu boleh elakkan tukar duit di airport sebab kat airport dye cas mahal sikit.Baiklah kalau nak tukar tukar di maneychanger kat tempat biasa2 selain pada airport dan digalakkan tukarkan terus ke JD[Dinar Jordan]kalu tak ada tukarlah ke Dolar.Kat jordan ni ada jugak maneychanger yang ambil duit malaysia tapi xbanyak dan cas dia mahal pelik sikit
Ini bukan arahan dari kedutaan/MSD/PRISMA(persatuan) tapi antara pesanan yang diambil berdasarkan apa yang sudah dilalui dan memudahkan kalian nanti dan ianya dari diri ana sendiri ye.Tak xde sangkut paut dengan mana-mana pihak yeKalu nak ikut silakan tapi ambillah yang mana rasa logik.Dan akhirnya ana doakan selamat sampai ke Bumi Anbia'.
See u in Al-al Bayt!!
[pesanan dan peringatan